Powered By Blogger

Saturday, June 18, 2011

Pengalaman pertama tengok Perlawanan Tomoi (live).

Semalam 17 Jun aku dengan member aku Basri bergerak ke Stadium Sultan Abdul Halim pukul 8 malam. Sebenarnya tak merancang pun nak pergi sekali tapi dah aku teringin sangat nak pergi jadi aku telipon member aku dan gerak tengok Cabaran Tomoi Dunia Z1, Piala Diraja Kedah. peehhhh....style gilerr!! Aku first timie tengok so macam agak jakun la sikit. Dia tumbuk, siku, sepak, terajang macam-macam lagi lah. Peserta pulak datang dari serata dunia macam Brazil, Hong Kong, Italy, England, Jepun, Kenya, Thailang, Uzbeskistan, Sepanyol dan termasuklah negara kita Malaysia.
Tiket agak mahal jugak la dekat RM20 tapi memang berbaloi-baloi..! Tomoi ni asal dari Thailand, cara berlawan dia lebih kurang macam Kick Boxing tapi lebih berseni dari gaya lawan dia. Tomoi ni aku tengok lebih pakai kaki dari tangan tapi tangan pun main peranan jugak. Malam ni ada lagi perlawanan tapi dompet aku da kosong tak boleh la nak pergi tapi lain kali aku nak pergi lagi. Memang syok lah! Terbaeekk....!!!

Tuesday, June 14, 2011

Apa la nasib.

Ape la nasib, cuti lepas bukan main syok tapi abis cuti merana aku. Macam-macam masalah aku dapat. Paling masalah MUET aku dapat b.2. Sedih giler! mana tak nye kena lah aku repeat balik, aku tak sangka dapat b.2 da la lagi 6 point nk b.3. aduhai.. Masalah bertambah lagi bila kena yuran MUET dekat RM60. Mana aku nak cekau? Yuran PIBG yang dekat RM80 tu pulak aku tak bayar lagi. Campur lagi henset rosak dekat RM100 aku kena. belum kira broadband aku ni lagi ha bulan-bulan nak bayar. Duit tusyen pun tak bayar lagi.. arrgghhh!!!! tertekan!!! Macam-macam..hey..motor pulak macam nak start ada problem tu silap hari bulan kena keluar duit pulak..sabor jela. Aku nak tulis kat blog ni panjang lagi pun malas..hmm..da la..penat. huh..

Kegunaan Coca-Cola.

Tahukah Anda , Cola-Cola Banyak Kegunaannye Seperti :

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran / hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru / nat
bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


 6. Untuk menghilangkan kesan minyak / lekit dari pakaian: Tambah
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu / kotor / melekit? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja / besi
mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol / tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak / parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan / karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori / trak mereka sejak 20 tahun. Wahh ... mesti buat
overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi / teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis