Powered By Blogger

Tuesday, December 28, 2010

Desaku yang permai..



selepas menjalani liku liku kehidupan. terleka,termenung,tersentak. lupa akan keindahan semula jadi di sekeliling desa. henti, mula memandang dan menghayati. di sini perasaan gusar kembali tenang.


tiada yang dapat dibandingkan dengan udara segar kampung. terlepas dari sesak udara yang tercemar ibu kota. perasaan tenang menyelubungi hati biarpun terasa beban beban yang selalu tdipikul makin bertambah. kuasa yang agung maha esa pencipta alam yang tiada tandingan. bersyukur kerana masih bernafas hingga ke hari ini.

pengalaman pertama

kali pertama menjejak kaki ke arah cahaya terang tampa tangan-tangan yang sering membantu. memerhatikan keadaan sekeliling yang berbeza dari biasa membuat hati terasa gugup dan gundah gulana. bisikan yang tidak kenal erti putus asa menjadi pendorong semangat baru. walaupun kali pertama tetapi ia menjadi titik permulaan bagi hidup baru. ini pengalaman pertama dan ini anjakan kuasa besar dari tubuh badan kecil. tiada penghalang mahupun tembok kukuh setinggi berkaki-kaki. terasa kaki ditusuk tusuk duri cemburu dan melecet lama kembali luka. tekad dan semangat menjadi teman ketika susah dan senang. tidak seperti gelak tawa yang belum tentu menjadi teman sejati. ini lah semangat baru..pengalaman pertama..