Powered By Blogger

Monday, May 30, 2011

Aku genap 19 tahun..!


 ya...genap sudah aku berumur 19 tahun.smalam aku ajak membe2 aku dlm 7 org kua mkn aku blnje smpena befday aku.syok tgok dowg epy lepas tu aku smbut befday dgn fmily aku kt umh tok aku ni. skali sdare2 aku dtg smbut befday aku skali penuh umah..haha,jadi birthday boy aku.siap ad belon2 ag..tak sgke pulak..hahaha..bukan selalu..syok pulak da genap umo 19 ni. ha~ birthday aku kali ni aku wish aku dapat result gempak tuk STPM ni and aku dapat si 'dia' balik nanti,insyaallah. Lastly, ucapan trime kasih kpda fmily aku yg tak putus2 bg sokongan kat aku, member2 yg wish befday include skaly yg wish kt fb thanks a lot guys.haha..terbaikk lah!!

Thursday, May 26, 2011

bengang sial~

memang aku bengang giler ar..rupe-rupenye dia da syok kt mamat len pulak. aku ingat kan dia tunggu aku..bebal teruk betul..rasa mcm nk 'sepak' je muke mamat tu..geram sial..hey..ni yang buat aku makin malas nak rujuk balik..aku tak da la pulak nak citer yang aku ada syok kat minah len(sumpah tak da) tapi dia ada..tu yang buat aku terkejut..hey..selamat nak cuti ni..boleh aku relax tenang kan fikiran skit..da la..malas aku cakap pasal 'dia'.ok di sebabkan cuti nak dekat dan 29 mei ni befday aku..so aku nak ucap Selamat Bercuti dan Selamat Hari Jadi tuk aku sendiri..tak salah kan? ok..korang pun Selamat Bercuti(untuk yang dapat cuti jela)..

Friday, May 20, 2011

Cara untuk memikat hati si gadis..

Disini ada beberapa cara yang saya ringkaskan bagi seseorang lelaki untuk nak pikat si gadis..
1)Perhatian
-wanita paling suka mendapat perhatian.

2)Ucapkan sesuatu yang membahagiakan
-contohnya; ucapan "awak ni cute la". Ada lain2 lagi,lu pk la sndri ekk.

3)Beri kejutan
-kejutan disini bermaksud si jejaka buat suprise kepada si gadis.
Contohnya;beri hadiah.dll

4)Menghulur bantuan
-dikala seseorang wanita tu dalam kesusahan hulurkan bantuan. dengan ini
dapat menarik hatinya terhadap si jejaka.

5)Pujuk & belai
-wanita ni paling suka bila dipujuk. kalau seseorang wanita tu merajuk ke
ape ke,jangan segan untuk memujuk.

6)Puji-pujian
-kaum hawa ni,kalau lelaki puji gerenti cayaq. so, banyak2 la beri pujian
terhadap si gadis yang anda suka.

7)Peka & memahami
-kalau anda mahu mencuri hati si gadis impian anda. anda perlu peka dan
memahami setiap riaksi si gadis tersebut.

8)Panggilan manja
-seperti anda semua ketahui, kebanyakan perempuan suka sangat dimanjai.

9)Prihatin tentang tarikh penting
-si jejaka yang nak curi hari si gadis perlu sesangat prihatin ngan tarikh
penting.contohnya; hari lahir si gadis,tarikh korang declare couple.

10)Hiasan
-hiasan yang dimaksudkan disini adalah "bunga" atau yang sewaktu dengannya.si lelaki perlu arif tentang itu agar dapat mencuri hati si gadis.(barang yang disukai si gadis)

(sumber:http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=655&page=1)

Thursday, May 19, 2011

Koleksi Kata-Kata Hikmat

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
 
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


(Sumber http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html#ixzz1MoR5cBnH)

Wednesday, May 4, 2011

Taufan EXAM la pulak.

assalamualaikum,pe khabar? lama tak berblog ni.. nak ckap sibuk tipu la sebab broadband da mati sebab tak bayor. jadi kepam jela. dipendek kan cerita exam penggal hampir memenggal kepala aku tak lama lagi..memg terbaikk!! hahaha..study macam biasa la celup celup..naik giler la tak berape hari tinggal cik jah oii..
ni aku paksa diri gak study ni..yela exam da nak dekat. perrghhh...!! cuak der~ papehal habis exam ni cuti penggal yang bakal memenggal pulus aku.. haha..naik hantu la nampak nye kan..hmm..facebook pun jarang bukak da skarang,pasal merayau pulak..mmm..kadang2..hehehe..ok la..nak cau..ni pun rembat wii max member..haha.doakan aku success exam ni..target GPA 3.00!!! haha..senyum-senyum selalu~