Powered By Blogger

Thursday, December 22, 2011

Selamat Tinggal Alor Star.

Moshi-moshi.. ha...akhirnya aku mula melangkah pergi dari Alor Star.. Walaupun tak sampai 2 tahun aku tinggal sini tapi macam2 pengalaman aku dapat mahu yang baik or buruk.. rasa lain macam pulak bila aku nak tinggalkan Alor Star, nak cakap sedih pun ada nak cakap happy pun ada macam2 la...pyah nak aku terangkan tapi apa apa hal aku nak ucap thanks a lot you guys kat kedah yang bersama2 aku susah or senang. Sekarang ni aku nak mula sesuatu yang baru pulak kat kL. lagi pun tahun depan aku mencecah 20 tahun tapi ayah aku cakap perangai aku macam budak2 lagi..alahai... yekew?? haha.. hmm..ok la..skarang ni aku kat Yan,Kedah dan maybe esok or lusa aku balik KL..member baik aku 'Wan" dah mengamuk suruh aku balik nak ajak aku jalan2..haha..rindu aku ngan member2 kat kL..hmmm..macam2....k la... malas nak tulis panjang2, penat bawak banyak barang aku nak balik pindah kL... ok..cau cin cau..Sayonara~


Monday, December 19, 2011

DILEMA

Moshi-moshi.. dilema dilema dilema... aku tak tahu apa patut aku buat sekarang.. exam dah habis..lagi beberapa hari lagi aku akan balik kL..aku tak tahu apa patut aku buat... patut ke aku dapat kan dia balik? sedangkan ada orang lain seolah olah mengharap kat aku..aku tak mau kecewa kan sesapa. jadi apa patut aku buat.? Dia pun belum tentu nak aku balik, tapi yang mengharap kat aku tu belum tentu lagi hubungan kekal berapa lama..aku still sayang kat si dia tapi aku masih belum terdetik hati tuk contact dia..mybe dia dah betul-betul lupakan aku, atau aku saja yang kat awang awangan..hmm..tetibe rasa berat hati nak balik kL sedang kan dulu aku punya bersunguh-sunguh nak balik kL... aarrgghhh!!! dilema teruk! dah la...aku just follow je arus..biar masa yang tentukan apa patot aku buat nanti..insyaAllah..

Wednesday, December 14, 2011

Finish 'STPM' EXAM !

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..saya Ahmad Faiz Bin Mod Subri, pemegang cap mohor geng STPM 2011 ingin mengumumkan.. STPM dah habis!!! hahaha...alahai..syok nya tak terhingga dan tak terkata..hahaha.. walaupun celebrate kat tempat aku exam langsung tak meriah tapi dalam hati aku macam ada perasaan yang memang..peehhhhh...... lega tak terkata.. so berakhirlah derita aku kat sini dan senang la aku nak balik kL dengan hati yang feeling lagi happening..ha... hehehe.. anyway.. perjalanan aku masih jauh so insyaAllah hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari yang sebelumnya..doakan la aku dapat masuk U ye..amin..

Tuesday, December 13, 2011

CIRI-CIRI LELAKI SEJATI

#  Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.
Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.
Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:

 # Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.

# Jangan terjebak ilusi romantis semata-mata.

# Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.

# Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada saat tertekan dan penuh emosi atau ketika susah mahupun senang.
Source: Harian Metro

Tuesday, December 6, 2011

Lomah somangat den..

 
Alahai~ lemah somangat den ha... Semalam ayah aku call cakap satu family nak balik kampung... so kira aku lambat lagi la balik kL.. hmmm...baru nak planing buat something yang sepatutnya aku dah lama buat kat kL tuh.. hey..apa boleh buat..dah nasib badan.... cakap pun tak gune kan...tendang pun tak kene..adoi...aku pun nak siap siap buat resume tuk mintak keje taun depan.. yela..tak kan nak duk rumah mengahabis kan boras jo kan? betul tak?aku ingat nak keje dekat Terminal Bersepadu Selatan dekat Bandar Tasik Selatan, kL yang baru bukak tuh...lagi pun aku ada orang dalam(member keje situ)..hehehe~
  Ni aku nak citer satu lagi yang buat den punyo somangat lomah ni ha.. ha...gambor di ats tuh gmbor henset den Nokia 3120 Classic.. aku beli kat kL dulu pakai duit gaji kerja kat Gaint Desa Petaling.. Harga dia masa aku beli dulu ada la dalam RM 330 lebih.. Henset ni skunk da banyak problem bagi aku la...Call pun tak berapa jelas...tapi mp3, cemera ngan lain lain okey jew.. smalm balik dari buat paper STPM sejarah, aku terus gi kedai nak tolak...harga dia..ya Allah... puluh puluh je..tak sampai seratus pun... sedih giler... hmmm..tapi sebenarnye aku sayang nak jual henset ni..banyak kenangan pahit manis aku kat henset ni...tapi bak kata orang tak ada yang kekal kat atas bumi ni..alahai...  tak pa la..mungkin jodoh aku panjang lagi dengan henset ni kot..hahaha..k la..aku ada dua paper lagi...so nak study la pulak...adios amigos~

Tuesday, November 29, 2011

tak sabor nak balik KL..!!

Aloha~ pew kabor? haha..den tak sabor dah ni nak balik KL.. lagi 3 paper je lagi den balik KL huh.. hahaha..buang tabiat aku ckp nogori ni. ha..tak tau la nak gambarkan macam mana perasaan aku bila nak balik KL terus ni..Rindu aku segala2nya pasal KL, rindu family rindu kwn2 rindu awek2 KL(hehehe), bukan nye obses sangat tapi yela duk kat perantauan ni buat aku tak tahan la...hahaha(jgn pikir len ha..)..
ni aku nak kekecewaan aku sikit, aku kan sejak nak exam ni selalu la gi perpustakaan awam..ada sekali ni member aku datang kat aku cakap ada awek nak kenal ngan aku, aku boleh buat bodoh pulak(bajet study).. sekali masa nak balik aku usha memang awek tu cun gila membuat aku terasa aku dah makan balik apa aku buat tadi (buat bodoh).. kalau kali pertama tak pa lagi ni da lebih 2 kali da aku melepas kat tempat yang sama..sumpah rugi giler..warghhh!!! tak pa lah..tak de rezeki nak buat macam mana...bak kate member baik aku yang playboy tuh ''tak gune punye jantan, memilih sgt, bedal jela buat koleksi''..hahaha...eyolah..botol sangat lah tu..pape hal awek2 belakang kira, skunk aku ada STPM tak habis lagi.. malas aku nak nak taip panjang2, study lagi bagus..hahaha..cau cin cau~




Friday, November 25, 2011

STPM


Aloha asparagus! seperti gambar rajah di atas, pemeriksaan sedang dijalankan..hahaha.. eyolah, aku tgh STPM skunk ni...exam lak gap panjang. Sakit otak kalau nak cerita macam mana aku ambik exam, susah beb. tapi bak kata pepatah sedia payung sbelum hujan, slmat aku da beli payung..ha... ni aku nak cerita sikit, aku dah mula bosan duk kedah ni, member sume macam pulau kan aku..yela aku kan budak KL. Macam anak itik itam dalam kalangan anak itik kuning la kan..nak buat macam mana..apa apa pun aku tak sabor nak habis kan derita aku kat sini sebab aku nak balik KL...member2 aku kat sana pun tunggu aku balik dari duk kat sini orang tak suke ye tak?anyway thanks byk2 kat mereka yang sudi wish gudluck kat aku..i will do my best..aja aja fighting!!


Tuesday, November 22, 2011

Every Single Day - Its a Lucky Day

Ha..aku skunk tgah duk STPM. Kalau duk stress jew mati katak pulak nanti so kasi happening sikit layan lagu ni..boleh tahan gak so enjoy yourself and thanks for singah kat blog ni..^_^

Wednesday, November 16, 2011

Fakta Lelaki Memasak :)


• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
... basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

PASTA

Title: 파스타 / Pasta
Chinese Title : 義大利麵
Genre: Romance
Episodes: 20
Broadcast Network: MBC
Broadcast period: 2010-Jan-04 to 2010-March-09
Air time: Mondays & Tuesdays 21:55

Ni aku nak citer cikit pasal movie korea ni, aku tengok best sbb jalan cerita dia menarik. Tak hairan la movie ni menang MBC Award 2010. Ada la aku tanya orang yang tak tengok movie, diorang ckp mcm citer orang tua. Memang la sbb korang tak tengok habis lagi. Sinopsis dia pasal sorang pompan nama dia Seo Yoo Kyung yang berusaha nak jadi chef elite kat restoran la Sfera. Dalam masa yang sama dia makin lama makin berputik cinta (ayat jiwang boleh) dengan Ketua Chef dia yang garang nak mampus..hahaha..ada orang tanya asal aku syok plak tgok cte korea ni..ada la sebab nya..si heroin dia aku tgok buat aku teringat kat sesorg yg aku syg dari dulu (rahsia).semyuman dia, gelak dia, ngada2 dia, merajuk dia..hahaha..cuma ada la jugak part2 yg tak sama.. hehe..

 Anyway, disebabkan nama cerita ni PASTA, aku mula timbul keinginan nak masak PASTA ni. yela, bak kata orang2 tua 'see and learn'..haha..So aku mula la tanya2 kawan macam mana nak buat. Akhirnya anak jantan yang jarang masuk dapur ni berjaya masak PASTA..hahaha.. okey resepi dia senang ja..bahan2 dia tak mahal sangat, tak sampai RM 20 dan hidangan boleh masak cukup tuk 4 orang atau lebih ..resepi orang bujang ja pun..

Bahan-bahan penting:

PASTA

DAGING CINCANG

SOS PASTA

ATURAN: Mula-mula rebus pasta dalam air (lagi lama lagi lembut).Jangan lupa masuk kn garam sikit dalam pasta rebusan tadi.. Tomis kan bawang putih sampai wangi , bawang putih potong kecil atau tumbuk terpulang la. Selepas tu masuk kan daging cincang dan goreng sampai separuh masak. Kalau ada bahan lain macam sosej atau cendawan butang boleh campur sekali. Selepas tu masuk kan sos pasta, kalau tak suka pekat masuk kan air sikit(terpulang pada cita rasa). bila dah naik bau  massuk kn pasta yang dah rebus tadi..jangan masuk kn air rebus pasta tu pulak..ha.. Akhir sekali gaul2...siap.. 

hasilnya??
Ha..ni la PASTA aku..aku pangil PASTA BUJANG.. murah,senang dan sedap.. memang la tak dinafikan mula2 aku masak tak jadi sebab salah agak nisbah sos dengan pasta. Tapi kali kedua baru jadi, aku bawak gi sekolah bagi member2 try pun diorang cakap sedap. Paling best diowang cam tak percaya aku masak..hahaha..Selamat Mencuba~
  

Tuesday, November 1, 2011

Last kopek for STPM.

Tangal 1, bulan 11, tahun 2011 sudah, tinggal 20 hari lagi STPM akan datang. Bagi prepareration terakhir, aku masih lagi dalam proses. Memang berat betul tanggungjawab dan beban harapan kat aku lebih2 lagi seorang anak sulong ganti(abg meninggal). Jadi harapan aku tempoh 2 tahun ni tak lah merugikan aku kat Alor Star ni, InsyaAllah..Hmm.. Dah banyak hari aku tak cukup tidur dan dalam masa yang sama aku mula dapat satu tabiat yang tak beberapa sihat iaitu makan malam(berat badan still bawah 60kg). Bila dah tengah malam apa lagi yang senang dimasak dan makan kalau bukan mee segera.
alahai..dah jadi tabiat dah makan mee segera ni bila aku tidur lewat. Mana tak nya mata mengantuk, perut pulak meragam la kan. Oleh sebab selalu makan dan mula muak, aku cuba cari nasihat tuk makan mee segera dengan lebih sedap atau erti kata lain  'lebih layan'..so ada orang suggest kan kat aku makan pakai penyepit (chopstick).Pehh..memang layan. Patut la orang Jepun, Cina, Korea duk makan pakai benda alah tuh.  Anyway..aku harap SANGAT!! yang aku berjaya kali ni tuk STPM(peperiksaan terakhir zaman sekolah) Doakan la tuk aku ye..amin..

Jom main air!!

Haluuu....kali ni aku ni cerita sikit tentang cerita aku dan member2 berenang kat smimming poll awam..haa...syok nye puunnn...adoi.. kami gerak pukul 5.00ptg, sblum tu aku ke tesco beli peralatan berenang tuk aku lebih nampak bergaya(perasan sendiri).. lepas tu semua berkumpul kat smimming pool, cuma 4 orang sahaja.aku, Sariy, Basri ngan Hanis.

Memang best dan ni bukan kali pertama kami datang. Sebenarnya aku bukan nye reti sangat pun berenang cuma banyak berendam je pun..nak release tension...alahai.. syok aku tengok Basri mengajar Hanis berenang, ntah betul ke tak cara dia ajar Hanis berenang tu...hahaha..anyway boleh la jugak aku simpan kenangan ni bila aku balik KL nanti..thanks member2 Alor Star..haha..Muchos Gracias, Aligato and thank you...haha.. 

Thursday, October 27, 2011

patut ke tak?

Moshi-moshi..! umm..aku tengah fikir sama ada aku patut ke tak balik KL raya haji bulan depan.... alahai..tak tau la aku dalam bab dalam buat keputusan ni...aku rindu gila semua benda yang ad kat KL tapi dalam masa yang sama exam da dekat kena wat prepareration..mak aku pun nak aku balik, member2 lagi la... ada member aku ckp balik la kejap ambik restu...ha.. skarang macm mana? patut ke tak?

Saturday, October 22, 2011

Sahabat baru :)

apa yang penting? kerjasama! hahaha... memperkenalkan sahabat baru aku..seekor anak kura-kura.. peneman aku dikala kesunyian study sorg2 dalam bilik..tinggal dua ekor lagi cukup la koleksi wonderpet aku..hahaha.. sekarang dalm proses nak cari nama untuk mamat sekor ni..ada suggestions anybody? korang mesti pelik tetiba je aku sembang pasal wonderpet ni kan? hahaha..ok2 follow cite aku..
sebenarnya cerita dia macm ni..aku ni selalu tengok cerita wonderpet ha lagi2 lepas balik sekolah makan nasi sambil layan wonderpet la..nak dijadikan cerita aku terserempak apek duk jual ank kura-kura sekor RM10 kat pasar..sesebabkan hati terdetik beli la jugak...mula2 rasa biasa je tp cumeyl pulak tgok..haha..bukan susah pun nak jaga cuma tukar air je kerap...apa yang penting (kerjasama!) ada jugak peneman aku study..tak la rasa sunyi sangat sambil study sambil tgok kura-kura ni berenang..hee..

Saturday, October 1, 2011

Buat kali terakhir..

Aloha.. ha...ni la pic aku memakai uniform skolah buat kali terakhir... arghh...aku tak larat nk pakai baju sekolah dah..alahai... lokasi pic ni di dewan terbuka Pra U Kolej Sultan Abdul Hamid. Tahun ni jugak la aku akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidup aku iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)..Harap-harap results boleh membanggakan la...insyaAllah.. bila tengok balik gambar ni satu ari nanti mesti aku tergelak sedih bebal or macam-macam lagi sebab teringat kisah tersurat tersirat alam persekolahan terakhir... hey...macam-macam.. nak dipendek kan cerita, 'setiap apa yang kita hadapi sekarang pasti akan ada hikmah untuk di hari akan datang'. so aku harap pada pembaca-pembaca blog ni jangan la dilupakan terus knangan yg lepas sebab ada kata hikmah yang melekat kat kepala hotak aku ni iaitu 'siapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya semula..'.   haha...muchos gracias =)

Saturday, September 24, 2011

At The End of The Day


i can't keep...my sad feeling that is deep
my entire body..thaht i swallowed
A deep sigh...is on my step
Only piled up...at the end of the day

Your watery eyes are revived
Again, if your eyes are far away by the day
Suddenly you look around and i'm still frozen
When will i meet you?

 One step...one step at a time..
far away...from the hard life
Slow step...one step at a time
until the day I reach to you

In the broken heart,
the pain is...like rainwater
In the world...of discarding,
...like tears are flowing though

Slow step is going to this road
There's no one that will hold my hand
The world is shaking me crazy and
even trying to take me fearfully
i'll walk again

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di bulan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Segala silap dan salah harap dimaafi. Yang keruh kita buang yang jernih kita cari. Apa-apa pun saya berharap anda beraya dalam gembira dan bahagia disamping keluarga. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat kepada anda sekeluarga. insyaAllah.

Saturday, August 13, 2011

6ixth Sense - Dari Hati

Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

(*)
Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Aku telah menyesalinya
Semua

Ulang (*)

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Saturday, June 18, 2011

Pengalaman pertama tengok Perlawanan Tomoi (live).

Semalam 17 Jun aku dengan member aku Basri bergerak ke Stadium Sultan Abdul Halim pukul 8 malam. Sebenarnya tak merancang pun nak pergi sekali tapi dah aku teringin sangat nak pergi jadi aku telipon member aku dan gerak tengok Cabaran Tomoi Dunia Z1, Piala Diraja Kedah. peehhhh....style gilerr!! Aku first timie tengok so macam agak jakun la sikit. Dia tumbuk, siku, sepak, terajang macam-macam lagi lah. Peserta pulak datang dari serata dunia macam Brazil, Hong Kong, Italy, England, Jepun, Kenya, Thailang, Uzbeskistan, Sepanyol dan termasuklah negara kita Malaysia.
Tiket agak mahal jugak la dekat RM20 tapi memang berbaloi-baloi..! Tomoi ni asal dari Thailand, cara berlawan dia lebih kurang macam Kick Boxing tapi lebih berseni dari gaya lawan dia. Tomoi ni aku tengok lebih pakai kaki dari tangan tapi tangan pun main peranan jugak. Malam ni ada lagi perlawanan tapi dompet aku da kosong tak boleh la nak pergi tapi lain kali aku nak pergi lagi. Memang syok lah! Terbaeekk....!!!

Tuesday, June 14, 2011

Apa la nasib.

Ape la nasib, cuti lepas bukan main syok tapi abis cuti merana aku. Macam-macam masalah aku dapat. Paling masalah MUET aku dapat b.2. Sedih giler! mana tak nye kena lah aku repeat balik, aku tak sangka dapat b.2 da la lagi 6 point nk b.3. aduhai.. Masalah bertambah lagi bila kena yuran MUET dekat RM60. Mana aku nak cekau? Yuran PIBG yang dekat RM80 tu pulak aku tak bayar lagi. Campur lagi henset rosak dekat RM100 aku kena. belum kira broadband aku ni lagi ha bulan-bulan nak bayar. Duit tusyen pun tak bayar lagi.. arrgghhh!!!! tertekan!!! Macam-macam..hey..motor pulak macam nak start ada problem tu silap hari bulan kena keluar duit pulak..sabor jela. Aku nak tulis kat blog ni panjang lagi pun malas..hmm..da la..penat. huh..

Kegunaan Coca-Cola.

Tahukah Anda , Cola-Cola Banyak Kegunaannye Seperti :

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran / hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru / nat
bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


 6. Untuk menghilangkan kesan minyak / lekit dari pakaian: Tambah
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu / kotor / melekit? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja / besi
mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol / tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak / parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan / karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori / trak mereka sejak 20 tahun. Wahh ... mesti buat
overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi / teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis

Sunday, June 12, 2011

Cuti yang bermakna.

Baru-baru ni aku cuti dua minggu, seminggu bercuti dekat kedah seminggu lagi aku balik kL. Nampak awal cuti aku 29 mei aku sambut befday walaupun aku tak sangka keluarga aku nak balik kampung sambut sekali, lepas tu jalan-jalan pusing kedah dengan family,walaupun aku da bosan pusing kedah sebab da study sini tapi tak sama kalau dengan family ye tak? Balik kL lak aku jumpa abang akak tempat keje aku dulu kat Gaint Desa Petaling dulu, dan nak di jadi kan cerita aku pun jumpa kawan-kawan sekolah rendah balik kt facebook. Macam takdir pulak kan? Siap buat reunion lagi, walaupun 'mini' reunion tapi ok what.  Da nama pun mini mestilah tak ramai kan, yang ada aku, fakhrul, jannah, syarifah, ngan fazlina. Syok sembang dengan kawan kawan skola rendah dulu macam memori berputik kembali pulak..cewahh..hahaha..tahun depan kami plan nak buat reunion besar punya..haha..tak sabar rasa nye.. 
Agak bermakna cuti kali ni buat aku sebab banyak benda yang bermakna berlaku cuti ni. Dalam masa yang sama aku rasa macam nak 'sangkut' dengan sorang awek ni. hahahaha..gatal sunguh. Tak la sangkut apa sangat sebab aku bukan senang nak sangkut. Tapi tengok la macam mana kalau ada jodoh tak ke mana ye tak, silap hari bulan member sendiri pun tengok-tengok jadi bini. Mane tau ye tak? kuasa tuhan. Ish! mengarut aku ni. Sambung cerita, ha di sebabkan cuti ni banyak bawak makna untuk aku jadi bila nak balik terasalah syahdu nye pun kan..hahaha..kalau  'oh kimsal' bace ni mesti tersengeh sebab dia syok sangat aku cakap ' pun kan pun kan'..sampai sakit gusi aku sebut benda yang sama tuh..hahaha..
 okey sekarang aku nak buat penutup pulak, esok aku dapat result MUET. Ha..padan muka aku kalau dapat b.1 atau b.2. Harap b.3 pun jadi la. lepas masuk U. InsyaAllah boleh punya kan? insyaAllah~ hmm..Alamak! kerja P.A belum buat! okey okey, jumpa lagi! 

Wednesday, June 8, 2011

Persepsi tentang Cinta.


Ada orang pernah kata cinta tu macam tu je, sebernarnye mencintai seseorang adalah merupakan sesuatu yang paling tak produktif, ia tak kan beri kita makanan, ia tak kan beri kita wang. tak dapat tidur sebab bercintapun boleh buat kita tak produktif, berperangai bodoh setiap hari macam pesakit jiwa dengan perasaan iri hati, kepiluan dan hati terluka. jadi masih percayakan percintaan? perkataan semua ni tajam kan?

Bagi aku rasa bila aku mencintai seseorang aku mempunyai banyak sebab untuk mencintainya.

Pertama, kau akan tahu tangan yang memberi lebih baik daripada menerima.

Kedua, selain daripda benda buruk kau boleh nampak benda baik dulu.

 Ketiga, kau boleh jadi seorang kanak-kanak tanpa pertolongan mesin masa.

 Keempat, kau akan selalu dengar benda baik yang berlaku.

Kelima, kau akan tahu betapa cantiknya langit dan bintang, pokok dan bunga.

Wednesday, June 1, 2011

Semakin hari semakin jauh..

Bila bersama semuanya bahgia, tapi bila berpisah semuanya serba tak kena. kenapa? Aku tak tahu nak gambarkan apa yang aku rasa sekarang. Mungkin bila lama dah berpisah aku jadi lali atau bosan bila sedar yang aku ni 'lone ranger' sejak ditinggalkan dia. Aku rasa semakin hari semakin dia jauh dari aku,mungkin salah aku yang tak pernah kejar. hati aku selalu tertanya 'patut ke aku kejar?'. Semuanya tak akan ada jawapan kalau aku sendiri tak cari,betul tak?  tapi masalahnya macam mana nak cari jawapan kalau aku sendiri tak usaha dan dia pun tak pernah beri sebarang komitmen? Banyak sangat soalan, atau 'mungkin' aku kena berhenti dari pikir semua ni dan start dari garisan permulaan dengan lupakan semuanya yang lepas. Kesimpulan mee segera yang aku buat sekarang ialahvbiarlah aku terus mengikut arus takdir hidup aku ni dari terbuai dengan perasaan yang tak membawa sebarang makna tu.

Monday, May 30, 2011

Aku genap 19 tahun..!


 ya...genap sudah aku berumur 19 tahun.smalam aku ajak membe2 aku dlm 7 org kua mkn aku blnje smpena befday aku.syok tgok dowg epy lepas tu aku smbut befday dgn fmily aku kt umh tok aku ni. skali sdare2 aku dtg smbut befday aku skali penuh umah..haha,jadi birthday boy aku.siap ad belon2 ag..tak sgke pulak..hahaha..bukan selalu..syok pulak da genap umo 19 ni. ha~ birthday aku kali ni aku wish aku dapat result gempak tuk STPM ni and aku dapat si 'dia' balik nanti,insyaallah. Lastly, ucapan trime kasih kpda fmily aku yg tak putus2 bg sokongan kat aku, member2 yg wish befday include skaly yg wish kt fb thanks a lot guys.haha..terbaikk lah!!

Thursday, May 26, 2011

bengang sial~

memang aku bengang giler ar..rupe-rupenye dia da syok kt mamat len pulak. aku ingat kan dia tunggu aku..bebal teruk betul..rasa mcm nk 'sepak' je muke mamat tu..geram sial..hey..ni yang buat aku makin malas nak rujuk balik..aku tak da la pulak nak citer yang aku ada syok kat minah len(sumpah tak da) tapi dia ada..tu yang buat aku terkejut..hey..selamat nak cuti ni..boleh aku relax tenang kan fikiran skit..da la..malas aku cakap pasal 'dia'.ok di sebabkan cuti nak dekat dan 29 mei ni befday aku..so aku nak ucap Selamat Bercuti dan Selamat Hari Jadi tuk aku sendiri..tak salah kan? ok..korang pun Selamat Bercuti(untuk yang dapat cuti jela)..

Friday, May 20, 2011

Cara untuk memikat hati si gadis..

Disini ada beberapa cara yang saya ringkaskan bagi seseorang lelaki untuk nak pikat si gadis..
1)Perhatian
-wanita paling suka mendapat perhatian.

2)Ucapkan sesuatu yang membahagiakan
-contohnya; ucapan "awak ni cute la". Ada lain2 lagi,lu pk la sndri ekk.

3)Beri kejutan
-kejutan disini bermaksud si jejaka buat suprise kepada si gadis.
Contohnya;beri hadiah.dll

4)Menghulur bantuan
-dikala seseorang wanita tu dalam kesusahan hulurkan bantuan. dengan ini
dapat menarik hatinya terhadap si jejaka.

5)Pujuk & belai
-wanita ni paling suka bila dipujuk. kalau seseorang wanita tu merajuk ke
ape ke,jangan segan untuk memujuk.

6)Puji-pujian
-kaum hawa ni,kalau lelaki puji gerenti cayaq. so, banyak2 la beri pujian
terhadap si gadis yang anda suka.

7)Peka & memahami
-kalau anda mahu mencuri hati si gadis impian anda. anda perlu peka dan
memahami setiap riaksi si gadis tersebut.

8)Panggilan manja
-seperti anda semua ketahui, kebanyakan perempuan suka sangat dimanjai.

9)Prihatin tentang tarikh penting
-si jejaka yang nak curi hari si gadis perlu sesangat prihatin ngan tarikh
penting.contohnya; hari lahir si gadis,tarikh korang declare couple.

10)Hiasan
-hiasan yang dimaksudkan disini adalah "bunga" atau yang sewaktu dengannya.si lelaki perlu arif tentang itu agar dapat mencuri hati si gadis.(barang yang disukai si gadis)

(sumber:http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=655&page=1)

Thursday, May 19, 2011

Koleksi Kata-Kata Hikmat

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
 
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


(Sumber http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html#ixzz1MoR5cBnH)

Wednesday, May 4, 2011

Taufan EXAM la pulak.

assalamualaikum,pe khabar? lama tak berblog ni.. nak ckap sibuk tipu la sebab broadband da mati sebab tak bayor. jadi kepam jela. dipendek kan cerita exam penggal hampir memenggal kepala aku tak lama lagi..memg terbaikk!! hahaha..study macam biasa la celup celup..naik giler la tak berape hari tinggal cik jah oii..
ni aku paksa diri gak study ni..yela exam da nak dekat. perrghhh...!! cuak der~ papehal habis exam ni cuti penggal yang bakal memenggal pulus aku.. haha..naik hantu la nampak nye kan..hmm..facebook pun jarang bukak da skarang,pasal merayau pulak..mmm..kadang2..hehehe..ok la..nak cau..ni pun rembat wii max member..haha.doakan aku success exam ni..target GPA 3.00!!! haha..senyum-senyum selalu~