Powered By Blogger

Tuesday, April 19, 2011

30 perkara perempuan tak sempat bagitahu lelaki.

                                                             
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

(sumber: http://suka-suki-seni.blogspot.com/2010/12/30-perkara-perempuan-x-sempat-bgtau.html)

Saturday, April 16, 2011

dah satu selesai, satu lagi datang..aduhai..

lega sudah MUET test da lepas..ni exam pengal nk dekat..study tak pun.. duk merayap,merempit ngn chat.. ish.. pe nak jadi la aku ni..dah satu,satu.. hey..mengeluh pun tak de gune kan? kena gerak gak la. tgal bape hari nk exam..aku duk blur lagi.. nak cakap bengong nanti betul jadi haru pulak.(mcm patrick star) 

ha..ni aku nak citer ckit, so sape yang baca post ni tau la. yang tak baca tak tahu la..hahaha.. ok ..dekat FB aku member semua duk pikir aku da engaged ngn 'ana aimi'.. sebenarnye ana aimi tuh profile yg aku wat.. mane wujud pun orang nama ana aimi kat profile.. sebab nape aku buat? yela..kekasih lama yg aku duk tangkap leleh tuh nama lbih kurg tuh so saje wat so mcm pengubat rindu walaupun palsu seolah olah macam dia dengan aku lagi.. hey..buang tabiat gak aku ni..macam patrick star..hahaha..jangan marah..gurau..gurau~ anyway, aku tengah bermotivasi diri tuk start study ni.kalau ada motovasi nak bagi aku..ape lagi..komen la..banyak masa da akubuang, ok cau!!  

Friday, April 15, 2011

MUET test...!!!

ya...esok aku akan menghadapi MUET.. pergh...ary tuh aku da MUET speaking.. yg ni bbertulis lak.. pungah~ hahaha..papehal aku insyaallah boleh buat..jap lagi kena call mak mintak restu, doa dia berkat kat aku.. ya..itu yg terbaik.. persiapan fizikal dan mental pun kena wat.  
aku ready! bak datang! tak cuak tak gentar la..aku kena wat betul2 sok kalau tak kena ambik ag sekali la pulak buln 8 ni..huh...dapat band 3 pun ok la..ya, yakin boleh! orang lain boleh asal aku tak boleh ye tak?? hahaha..terbaikk!!

Monday, April 11, 2011

Dunia Akhirat

Kadang2 kita termenung dan terpikir, berapa lama kita dapat hidup? Mungkin esok lusa minggu depan atau sekejap lagi roh kita tercabut dari jasad.. Siapa tahu? Cukup dah amalan kita? Memang kita lalai,penuh maksiat yang kita sendiri tak sedar kita buat. Aku sendiri takot, betul ke apa yang aku buat sekarang. Aku takot kan mati,aku takot aku tak dapat capai semua impian aku. Aku nak gembira kan bonda aku yang dulu pernah buat dia menitiskan air mata sebab kedegilan aku, belum lagi ayah aku yang telah aku kecewakan dia sebelum ni. Tak aku lupa bekas kekasih aku sayang sangat2 yang tinggalkan aku sebab sikap aku sendiri. Aku tak tahu apa yang nak jadi dengan aku. yang pasti satu tempat yang boleh aku mengadu semua ni. Dia yang kekal abadi, yang maha kuasa,yang maha segalanya.
Kalau lah satu hari nanti aku ditakdirkan menghembus nafas terakhir, aku nak sangat ucap 'Selamat Tinggal' kat semua orang yang aku kenal.Kalau boleh kat dalam facebook sekali.hehe. nak sangat aku cium mak ayah aku buat kali terakhir dan mintak maaf tak dapat bahagia kan diorang sebelum aku pergi. kepada kekasih hati aku yang tinggalkan aku tu aku nak sangat mintak maaf atas semua salah aku dan aku nak dia tahu aku betul2 sayangkan dia sebab aku akan tunggu dia kat pintu syurga,tu pun kalu dia sudi jadi teman hidup aku dalam syurga. 
hmm.entah la apa aku merepek ni. esok ada kelas.Malam pun sunyi jew dengan sejuk nya lagi. mata pun da xlarat. Tido la jawab nyakan.haha..pape hal jangan pernah keringkan air mata tuh untuk meratapi seseotang tapi lagi baik keringkan tekak untuk sedekah doa padanya. Senyumlah selalu..Assalamualaikum. =)

TerBaiKK!!!

fuuhh....lama x bukak blog ni..haha..rindu plak..sorry la sebab busy giler.. pape hal aku skrang tgal bape bulan nk STPM tpi study celup2 ag..duk merapu je. ni aku nk ceroi kat hang pa ckit. Aku boleh dikatakan dihantui dosa lampau..hmm..tertekan giler dow~ kerek tul..hey....hahaha.. lepas ni aku nk fokus lik study..bak kta member2 aku kat kedah ni 'PULUN'..ha..jadi aku kena pulun la pulak kn.sejak ada broadband ni aku duk on9 tak inagt dunia.mls nk broadband2 lagi..huh.xdpt wat tul2 STPM ni cm ne aku nk dapatkan kekasih hati aku tu balik..huwaaa,,,

Bak kate aku sendiri,,wat la yg TerBaiKK!! tuk dapat yg TerBaiKK!! hahaha..balaja diri kesilapan aku dulu.kejar balik impian..Kte BAKOR jew!!