Powered By Blogger

Thursday, December 22, 2011

Selamat Tinggal Alor Star.

Moshi-moshi.. ha...akhirnya aku mula melangkah pergi dari Alor Star.. Walaupun tak sampai 2 tahun aku tinggal sini tapi macam2 pengalaman aku dapat mahu yang baik or buruk.. rasa lain macam pulak bila aku nak tinggalkan Alor Star, nak cakap sedih pun ada nak cakap happy pun ada macam2 la...pyah nak aku terangkan tapi apa apa hal aku nak ucap thanks a lot you guys kat kedah yang bersama2 aku susah or senang. Sekarang ni aku nak mula sesuatu yang baru pulak kat kL. lagi pun tahun depan aku mencecah 20 tahun tapi ayah aku cakap perangai aku macam budak2 lagi..alahai... yekew?? haha.. hmm..ok la..skarang ni aku kat Yan,Kedah dan maybe esok or lusa aku balik KL..member baik aku 'Wan" dah mengamuk suruh aku balik nak ajak aku jalan2..haha..rindu aku ngan member2 kat kL..hmmm..macam2....k la... malas nak tulis panjang2, penat bawak banyak barang aku nak balik pindah kL... ok..cau cin cau..Sayonara~


Monday, December 19, 2011

DILEMA

Moshi-moshi.. dilema dilema dilema... aku tak tahu apa patut aku buat sekarang.. exam dah habis..lagi beberapa hari lagi aku akan balik kL..aku tak tahu apa patut aku buat... patut ke aku dapat kan dia balik? sedangkan ada orang lain seolah olah mengharap kat aku..aku tak mau kecewa kan sesapa. jadi apa patut aku buat.? Dia pun belum tentu nak aku balik, tapi yang mengharap kat aku tu belum tentu lagi hubungan kekal berapa lama..aku still sayang kat si dia tapi aku masih belum terdetik hati tuk contact dia..mybe dia dah betul-betul lupakan aku, atau aku saja yang kat awang awangan..hmm..tetibe rasa berat hati nak balik kL sedang kan dulu aku punya bersunguh-sunguh nak balik kL... aarrgghhh!!! dilema teruk! dah la...aku just follow je arus..biar masa yang tentukan apa patot aku buat nanti..insyaAllah..

Wednesday, December 14, 2011

Finish 'STPM' EXAM !

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..saya Ahmad Faiz Bin Mod Subri, pemegang cap mohor geng STPM 2011 ingin mengumumkan.. STPM dah habis!!! hahaha...alahai..syok nya tak terhingga dan tak terkata..hahaha.. walaupun celebrate kat tempat aku exam langsung tak meriah tapi dalam hati aku macam ada perasaan yang memang..peehhhhh...... lega tak terkata.. so berakhirlah derita aku kat sini dan senang la aku nak balik kL dengan hati yang feeling lagi happening..ha... hehehe.. anyway.. perjalanan aku masih jauh so insyaAllah hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari yang sebelumnya..doakan la aku dapat masuk U ye..amin..

Tuesday, December 13, 2011

CIRI-CIRI LELAKI SEJATI

#  Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.
Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.
Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:

 # Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.

# Jangan terjebak ilusi romantis semata-mata.

# Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.

# Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada saat tertekan dan penuh emosi atau ketika susah mahupun senang.
Source: Harian Metro

Tuesday, December 6, 2011

Lomah somangat den..

 
Alahai~ lemah somangat den ha... Semalam ayah aku call cakap satu family nak balik kampung... so kira aku lambat lagi la balik kL.. hmmm...baru nak planing buat something yang sepatutnya aku dah lama buat kat kL tuh.. hey..apa boleh buat..dah nasib badan.... cakap pun tak gune kan...tendang pun tak kene..adoi...aku pun nak siap siap buat resume tuk mintak keje taun depan.. yela..tak kan nak duk rumah mengahabis kan boras jo kan? betul tak?aku ingat nak keje dekat Terminal Bersepadu Selatan dekat Bandar Tasik Selatan, kL yang baru bukak tuh...lagi pun aku ada orang dalam(member keje situ)..hehehe~
  Ni aku nak citer satu lagi yang buat den punyo somangat lomah ni ha.. ha...gambor di ats tuh gmbor henset den Nokia 3120 Classic.. aku beli kat kL dulu pakai duit gaji kerja kat Gaint Desa Petaling.. Harga dia masa aku beli dulu ada la dalam RM 330 lebih.. Henset ni skunk da banyak problem bagi aku la...Call pun tak berapa jelas...tapi mp3, cemera ngan lain lain okey jew.. smalm balik dari buat paper STPM sejarah, aku terus gi kedai nak tolak...harga dia..ya Allah... puluh puluh je..tak sampai seratus pun... sedih giler... hmmm..tapi sebenarnye aku sayang nak jual henset ni..banyak kenangan pahit manis aku kat henset ni...tapi bak kata orang tak ada yang kekal kat atas bumi ni..alahai...  tak pa la..mungkin jodoh aku panjang lagi dengan henset ni kot..hahaha..k la..aku ada dua paper lagi...so nak study la pulak...adios amigos~