Powered By Blogger

Saturday, June 18, 2011

Pengalaman pertama tengok Perlawanan Tomoi (live).

Semalam 17 Jun aku dengan member aku Basri bergerak ke Stadium Sultan Abdul Halim pukul 8 malam. Sebenarnya tak merancang pun nak pergi sekali tapi dah aku teringin sangat nak pergi jadi aku telipon member aku dan gerak tengok Cabaran Tomoi Dunia Z1, Piala Diraja Kedah. peehhhh....style gilerr!! Aku first timie tengok so macam agak jakun la sikit. Dia tumbuk, siku, sepak, terajang macam-macam lagi lah. Peserta pulak datang dari serata dunia macam Brazil, Hong Kong, Italy, England, Jepun, Kenya, Thailang, Uzbeskistan, Sepanyol dan termasuklah negara kita Malaysia.
Tiket agak mahal jugak la dekat RM20 tapi memang berbaloi-baloi..! Tomoi ni asal dari Thailand, cara berlawan dia lebih kurang macam Kick Boxing tapi lebih berseni dari gaya lawan dia. Tomoi ni aku tengok lebih pakai kaki dari tangan tapi tangan pun main peranan jugak. Malam ni ada lagi perlawanan tapi dompet aku da kosong tak boleh la nak pergi tapi lain kali aku nak pergi lagi. Memang syok lah! Terbaeekk....!!!

Tuesday, June 14, 2011

Apa la nasib.

Ape la nasib, cuti lepas bukan main syok tapi abis cuti merana aku. Macam-macam masalah aku dapat. Paling masalah MUET aku dapat b.2. Sedih giler! mana tak nye kena lah aku repeat balik, aku tak sangka dapat b.2 da la lagi 6 point nk b.3. aduhai.. Masalah bertambah lagi bila kena yuran MUET dekat RM60. Mana aku nak cekau? Yuran PIBG yang dekat RM80 tu pulak aku tak bayar lagi. Campur lagi henset rosak dekat RM100 aku kena. belum kira broadband aku ni lagi ha bulan-bulan nak bayar. Duit tusyen pun tak bayar lagi.. arrgghhh!!!! tertekan!!! Macam-macam..hey..motor pulak macam nak start ada problem tu silap hari bulan kena keluar duit pulak..sabor jela. Aku nak tulis kat blog ni panjang lagi pun malas..hmm..da la..penat. huh..

Kegunaan Coca-Cola.

Tahukah Anda , Cola-Cola Banyak Kegunaannye Seperti :

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran / hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru / nat
bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


 6. Untuk menghilangkan kesan minyak / lekit dari pakaian: Tambah
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu / kotor / melekit? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja / besi
mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol / tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak / parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan / karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori / trak mereka sejak 20 tahun. Wahh ... mesti buat
overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi / teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis

Sunday, June 12, 2011

Cuti yang bermakna.

Baru-baru ni aku cuti dua minggu, seminggu bercuti dekat kedah seminggu lagi aku balik kL. Nampak awal cuti aku 29 mei aku sambut befday walaupun aku tak sangka keluarga aku nak balik kampung sambut sekali, lepas tu jalan-jalan pusing kedah dengan family,walaupun aku da bosan pusing kedah sebab da study sini tapi tak sama kalau dengan family ye tak? Balik kL lak aku jumpa abang akak tempat keje aku dulu kat Gaint Desa Petaling dulu, dan nak di jadi kan cerita aku pun jumpa kawan-kawan sekolah rendah balik kt facebook. Macam takdir pulak kan? Siap buat reunion lagi, walaupun 'mini' reunion tapi ok what.  Da nama pun mini mestilah tak ramai kan, yang ada aku, fakhrul, jannah, syarifah, ngan fazlina. Syok sembang dengan kawan kawan skola rendah dulu macam memori berputik kembali pulak..cewahh..hahaha..tahun depan kami plan nak buat reunion besar punya..haha..tak sabar rasa nye.. 
Agak bermakna cuti kali ni buat aku sebab banyak benda yang bermakna berlaku cuti ni. Dalam masa yang sama aku rasa macam nak 'sangkut' dengan sorang awek ni. hahahaha..gatal sunguh. Tak la sangkut apa sangat sebab aku bukan senang nak sangkut. Tapi tengok la macam mana kalau ada jodoh tak ke mana ye tak, silap hari bulan member sendiri pun tengok-tengok jadi bini. Mane tau ye tak? kuasa tuhan. Ish! mengarut aku ni. Sambung cerita, ha di sebabkan cuti ni banyak bawak makna untuk aku jadi bila nak balik terasalah syahdu nye pun kan..hahaha..kalau  'oh kimsal' bace ni mesti tersengeh sebab dia syok sangat aku cakap ' pun kan pun kan'..sampai sakit gusi aku sebut benda yang sama tuh..hahaha..
 okey sekarang aku nak buat penutup pulak, esok aku dapat result MUET. Ha..padan muka aku kalau dapat b.1 atau b.2. Harap b.3 pun jadi la. lepas masuk U. InsyaAllah boleh punya kan? insyaAllah~ hmm..Alamak! kerja P.A belum buat! okey okey, jumpa lagi! 

Wednesday, June 8, 2011

Persepsi tentang Cinta.


Ada orang pernah kata cinta tu macam tu je, sebernarnye mencintai seseorang adalah merupakan sesuatu yang paling tak produktif, ia tak kan beri kita makanan, ia tak kan beri kita wang. tak dapat tidur sebab bercintapun boleh buat kita tak produktif, berperangai bodoh setiap hari macam pesakit jiwa dengan perasaan iri hati, kepiluan dan hati terluka. jadi masih percayakan percintaan? perkataan semua ni tajam kan?

Bagi aku rasa bila aku mencintai seseorang aku mempunyai banyak sebab untuk mencintainya.

Pertama, kau akan tahu tangan yang memberi lebih baik daripada menerima.

Kedua, selain daripda benda buruk kau boleh nampak benda baik dulu.

 Ketiga, kau boleh jadi seorang kanak-kanak tanpa pertolongan mesin masa.

 Keempat, kau akan selalu dengar benda baik yang berlaku.

Kelima, kau akan tahu betapa cantiknya langit dan bintang, pokok dan bunga.

Wednesday, June 1, 2011

Semakin hari semakin jauh..

Bila bersama semuanya bahgia, tapi bila berpisah semuanya serba tak kena. kenapa? Aku tak tahu nak gambarkan apa yang aku rasa sekarang. Mungkin bila lama dah berpisah aku jadi lali atau bosan bila sedar yang aku ni 'lone ranger' sejak ditinggalkan dia. Aku rasa semakin hari semakin dia jauh dari aku,mungkin salah aku yang tak pernah kejar. hati aku selalu tertanya 'patut ke aku kejar?'. Semuanya tak akan ada jawapan kalau aku sendiri tak cari,betul tak?  tapi masalahnya macam mana nak cari jawapan kalau aku sendiri tak usaha dan dia pun tak pernah beri sebarang komitmen? Banyak sangat soalan, atau 'mungkin' aku kena berhenti dari pikir semua ni dan start dari garisan permulaan dengan lupakan semuanya yang lepas. Kesimpulan mee segera yang aku buat sekarang ialahvbiarlah aku terus mengikut arus takdir hidup aku ni dari terbuai dengan perasaan yang tak membawa sebarang makna tu.