Powered By Blogger

Saturday, June 1, 2013

95 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Mesti Tahu

Seringkali nya terjadi pertelingkahan di antara lelaki dan wanita kerana saling salah faham antara satu sama lain. Salah faham ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan tentang sifat gender masing masing. Lelaki sukar memahami wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun, kita sebagai individu perlulah pandai menganalisa maklumat dan belajar memahami sifat sebenar seseorang yang berlainan gender dengan kita. Jadi di bawah ini, jom kita lihat 95 perkara tentang lelaki yang kaum wanita mesti tahu.

  • Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  • Lelaki benci kekasih di’ngurat’
  • Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  • Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  • Awak buat apa tu? ” atau “ Awak dah makan? ”adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  • Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  • Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  • Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  • Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  • Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  • Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. … Jangan harap..
  • Lelaki juga boleh menangis!
  • Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  • Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  • Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  • Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  • Memberikan lelaki mesej tergantung seperti “Kau tau apa?!… Argh … Takde apa-apa!” Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  • Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  • Ketika seorang lelaki membuat “umm” berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  • Ketika seorang gadis berkata “tidak“, seorang lelaki mendengarnya sebagai “cuba lagi esok“. 
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  • Lelaki benci gay!
  • Lelaki sayangkan ibu mereka.
  • Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  • Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
  • Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  • Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  • Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  • Perempuan adalah kelemahan lelaki.
  • Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  • Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  • Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
  • Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
  • Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
  • Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
  • Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat … 
  • Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  • Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  • Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
  • Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  • Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  • Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  • Lelaki berfikir terlalu banyak.
  • Fantasi lelaki tidak terbatas.
  • Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  • Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  • Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  • Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  • Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  • Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 
  • Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  • Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  • Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
  • Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, “Jangan pergi dan dengar saya” 
  • Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
  • Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
  • Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  • Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  • Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
  • Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
  • Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 
  • Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
  • Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
  • Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. …. Amat-amat cinta.
  • Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! … … Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
  • Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  • Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  • Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
  • Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.:)
  • Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
  • Lelaki tidak memahami kenyataan “Get Lost” dengan baik.
  • Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
  • Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
  • Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
  • Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
  • Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
  • Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
  • Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  • Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  • Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  • Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  • Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  • Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  • Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  • Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
  • Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
  • Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  • Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  • Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. ’Tetapi bukan pada rambut mereka!’
  • Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
  • Lelaki benci perempuan yang gedik.
  • Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
  • Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka …
Sumber : Akal Emosi

6 Rahsia Orang Berjaya




Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku “Tough Times Never Last, But Tough People Do” oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata “Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya”.

Thursday, May 30, 2013

Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini



{Pesan Rasulullah} Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah :
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah :
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


sumber : http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Friday, May 3, 2013

politik??? hnmmm...


Assalamualaikum , pe khabar? sihat? bgus2... kali ni aku nnk sembang sikit pasal politik.. disebabkn umor ku da tahap leh mngundi jadi aku na sembang la ckit.. korg tau politik tu ape?? politik ni asal nye dari ayat gabnungan poli dgn trick.. so politik ni bagus ke tak? ada bgus nye ada x nye.. yang bgus nya dia la yang menjadi kepimpinan negara dgn pemilihan pemimpin oleh rakyat tidak kira lah sama ada pembangkang atau kerajaan.. yang tak bagus nye pulak ada yang terlalu agresif dan taksub dgn sesebuah parti politik sampai berlaku nya perpecahan masyarakat.. keluarga gaduh sbb politik, rakan musuh sbb politik, tak bertegur sbb politik.. sedang  mereka islam.. mcm mana tuh??   Politik tak salah tapi mestilah profesional.. aku respek org cina..diorag tak ada nak susah2 pasang bendera politik ke nak buh bendera besar2 kat kereta owg ke, tapi dowg meniaga bendera ag ada la..for example MCA(BN) dgn DAP.. diorg tak ada musuh2 mana (mungkin segelintir tu pum berpangkat) kalu sembang kua mkn boleh semeja . tapi kita?? sapa kita? melayu la.. ya Allah...tak payah ckp tggok sndiri ckup..pasang  bendera pun smpai bergaduh2...yang untong pun bukan korg tapi org yang korg sokong tu jugak tapi yang sakit korang.. mcm ni jelah kesimpulan aku nak ckp..kita sebagai orang islam tak kira la bangsa apa pun asalk islam, pilih la parti poitik apa pun tapi apa yng kita kena tau salah tetap salah dan betul ialah betul..semua nya kena ikut syariat islam..sbb kita org islam..simple kan?? ok..the end.

Thursday, May 2, 2013

dah habis final..cuti sems la jugew~

assalamualaikum..lama tak update blog ha.. bosan la jugew..line kat poli tak bole blah tu yg tk ley update blog... skunk ni lak cuti sems..tak tau wat ape ha...giler kentang je ha...tak pe la skunk ni tga blur..nty aku update ag..cau~

Wednesday, March 13, 2013

10 perkara kalau lelaki cakap..


Kan sering kita dengar, ada perkataan yg kalau perempuan cakp,so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10perkara yg kalau lelaki cakap dan makna tersiratnya…
1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.
2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.
3.Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.
4.Kalau lelaki kata: eh….u call ekk?sori.ttdo td.
Maknanya: ye,memang kami tdo pon.
5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.
6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.
7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.
8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.
9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni…mcm tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih
10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.
 punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ler~~~
(sumber: http://www.nizarazu.com/10-perkara-kalau-lelaki-cakap/)

Sunday, February 24, 2013

menjauh di sana~~

Assalamualaikum, moshi-moshi~  ha ..saja jew update blog ni ha..bosan tak hu nak buat ape..baru bgon tido ha.. semalaman aku tak tido, ntah apa aku buat aku pun tak tahu.. aku nak cite ape skunk pun aku tak tahu  yang ley aku cite aku rindu yang menjauh disana. kalau korg baca post aku yang sbelum ni korg paham..ha...alahai....hmm...sok test plak..tak study ape ag nih...hmmm.. bila la nak abis semua nih...seolah2 tuhan mcm nak uji aku atas dosa2 aku yang dulu... hmmm....

Saturday, February 23, 2013

Mataku terbang sampai ke langit~

Assalamualaikum , lama tak update blog nih... ok tanpa berlengah masa aku nk cite ckit..aku dah pindah dari kL ke utara(14/2/2013), so dah tak duk KL la...giler sedih mcm nak menangis...yela dari kecik aku duk situ.. da la belajar pun kat utara ni ha. politeknik kt p.pinang ni...hehe..baru skunk aku nk cite ye..hmmm..anyway...aku nk ucap selamat tinggal kpd kekasih hati aku ni sorg (pic bwh)..aku nk g blajaor jauh ni ha da umh pindah jaoh gak. tak tahu bila nak blek kL ag ha...wait for me honey...jgn noty2..
love you~

yang ni pulak untuk member2 aku di KL(antara member2 kL aku pic bwh)..ha...sorry u all guys..aku dah cau..bebila aku free nty aku blek kL dudes..hmm.ntah bila la plak aku nk blek kL...rindu korg der...alahai...thanks utk tunjuk ajar , sokongan , dorongan  , kutukan, perlian yang membina aku smpai ke tahap ini..hahahahaha..terbaaaeeekkkk!!

okey, aku nak citer pasal skunk lak...aku skunk dalam bilik hostel kt poli ni ha. duk berjaga dekat pukul 5 dah ni ha.. hahaha..aku skunk study baru sems 1..apa? sems 1?? alahai....tak pe la...aku go on jugak...aku nk kejor cita2 aku walau ape skali pun...n skunk peneman2 aku kat sini member2 poli jela(antara member poli pic bwh)..tak tahu la aku nk citer pe pasal dowg ni ha ..sume baya adik aku jeh...alahai...tp ada gak 2 org sbya aku sama kelas ..umm...boleh la gagah~ alahai...

huh..payah gak ye bile nak start study balek, dulu mngangur je...dapat gak rasa kekaratan dlm pala hotak aku nih..huh! kena gosok2 sental2 lik ha.. k lah..aku byk keja ag nak buat ..ag brapa hari ag ada test lak, da la td kuiz..alahai... k lah... selamat kepada semua... sokongan dan doa anda semua amat aku hargai, hanya tuhan yg akan membalas nya...insyaAllah... wassalam..

Friday, February 22, 2013

maafkan aku..

Salam..dah lama tak update.maafkan aku...banyak benda dah berubah masa aku tak update blog aku ni.. tapi buat masa ni aku tak ada masa nak update blog lagitulis panjang2 , so aku saji kn sikit video aku yang tak beberapa sumbang ni..sekian...

                                                             Vegetoz-saat kau pergi

                                                            Adira n Hafiz- Ombak rindu